THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

cinta ialah satu perasaan yang sangat misteri..

telah ditakdirkan kau dan aku menjadi satu..sejauh mana kau berlari..aku akan tetap mengejarmu..kerana aku adalah kau..dan kau adalah aku..

Friday, 3 June 2011

PROLOG DENDAM TERINDAH










                   
                        PROLOG
       
''Razif,I nak you keluar sekarang.Kejap lagi Am balik.Keluarlah!''Tengking
Lily.Dia benar-benar buntu dengan kerenah lelaki di hadapannya.Dia bertambah
cemas apabila

Razif tidak mempedulikan arahannya sebaliknya lelaki itu bertindak selamba
dengan melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk di ruang tamu.Ketawanya kian
galak saat melihat wajah pucat Lily.Lily memandang perlakuan Razif penuh
curiga.,sesekali matanya dilirikkan kearah telefon bimbitnya yang terletak
diatas meja kopi.
''You takut sayang?shyyyhh.....aku takkan apa-apakan kau kalau kau ikut semua
rancangan kita.Aku pernah cakap jangan main-main dengan aku.Tapi kau buat
juga.Aku nak buat macam mana kalau kau dah mungkir janji.Aku pun kena tepati
janji aku untuk tamatkan riwayat kau kalau kau khianati aku.Takkanlah aku nak
langgar janji aku,betul kan??''Soal Razif.Lily mengeletar saat melihat Razif
mengeluarkan sesuatu dari poket tersembunyi jaket kulit yang tersarung kemas di
badannya.Dia meneguk liur berkali-kali.
''I tak fahamlah Zif,bila pula I mungkir janji I pada you?janji apa?kan I dah
buat Izzah menderita,I dah buat dia hilang segala-galanya.Apa lagi yang tak
kena?''Lily mula berlembut,lelaki seperti Razif ini perlu ditangani secara
lembut,jika dia terus menafikan dikhuatiri Razif akan mengamuk.Sambil
itu,Otaknya lingat berfikir,bagaimana dia boleh mencapai telefon bimbitnya yang
terletak di atas meja kopi tanpa pengehtahuan Razif.
''Kau tak faham ke,atau kau buat-buat tak faham?agak-agaknya bila peluru ni dah
terbenam dalam badan kau baru kau nak ingat semua perlakuan kau?Hei
perempuan!kau dengar sini,dulu aku dah pernah bagi kau amaran,jangan main-main
dengan aku,aku dah banyak tolong kau,aku dah banyak  tolong kau,akubantu kau
singkirkan Izzah dari hidup Ammar,aku tolong kau bersatu semula dengan
Ammar.Bila kau dapat apa yang kau nak,kau lupa pada semua janji kau ‘’Tengkingan
Razif bergema  di segenap ruang tamu mewah Apartment mewah itu.Lily mula hilang
arah,Razif dihadapannya ini benar-benar kelihatan tidak waras.Razif yang
dikenalinya dahulu merupakan seorang lelaki yang bergaya,tampan,punyai susuk
tubuh idaman wanita,atas sebab itulah dia sudi berdampingan dengan Razif.Tetapi
lelaki yang berdiri dihadapannya itu benar-benar tidak terurus.Sudahlah
pakaiannya selekeh,jambang dibiarkan tumbuh meliar di wajahnya yang kian
cengkung,rambutnya pula dibiarkan panjang tidak
terurus.Arggghhh…kacau..fikirannya berserabut.Dia tahu Razif
tidakmain-main,tersilap langkah,riwayatnya bakal berakhir.Buat seketikamereka
hanya saling memerhati,saling mengawasi antara satu sama lain.Lily sempat
melirikkan mata kearah jam di dinding.Sudah hampir satu jam dia menerima
kehadiran tetamu tidak diundang.Kakinya mula berasa sengal akibat berdiri
terlalu lama.Lily mendapat satu akal.
‘’Zif,I nak kedapur,nak minum air you nak I ambilkan you apa-apa?’’soal
Lily.Razif mengurut-urut dagunya yang ditubuhi jambang.Dia mengangguk.Lily
melebarkan senyuman,namun senyumannya mati apabila Razif dilihatnya turut
mengangkat punggung.
‘’You buat apa ni Zif?’’soal Lily.
‘’I nak ikut you ke dapur?kenapa salah ke?hei perempuan sekali I dah tak
percayakan you,selamanya I tak percaya,lepas apa yang you dah lakukan pada I you
ingat I akan percaya dengan taktik you?entah-entah you ada muslihat’’Lily
menelan ar liur.Tiba-tiba deringan telefon bimbit mengganggu perbualan
mereka.Lily mengerutkan dahi.Serentak itu,Razif ke ruang tamu.Telefon bimbit
Jenama Nokia Ammar dicapai.Ketika Razif sedang leka dengan telefon bimbit
Ammar,Lily mengambil peluang untuk mengambil telefon bimbitnya yang berada di
meja kopi lalu segera bergerak ke bilik.Telefon yang berada dalam gengamannya di
pegang seerat mungkin,Langkahnya berjengket-jengket.baru sahaja dia mahu menutup
pintu,pintu bilik ditolak kasar,dari luar,Lily terjatuh diatas permaidani
tebal.Telefon bimbitnya tercampak entah kemana.Razif menapak masuk.Matanya
mencerlung memandang Lily.Lily mengesot sedikit ,Dia tidak mampu menjangka
tindakan Razif.Razif semakin ganas,setelah beberapa kali mundar-mandir di
sekeliling bilik.Dia tunduk mencekup rambut panjang Lily.Terjerit kecil wanita
itu apabila rambutnya direntap kasar.
‘’Sakit?’’soal Razif.Lily mengangguk,sambil itu dia memegang tangan Razif
meminta supaya rambutnya dilepaskan.
‘’Macam tulah aku rasa,bila kau khianati aku.Kau lupa janji kita.Sakit yang kau
rasa tak seberapa jika nak dibandingkan dengan derita aku.Bertahun lamanya aku
tunggu saat macam ni.aku atur rancangan,tapi kau semudah tu menghancurkan
rancangan aku,kemudian kau laporkan aku ke pihak polis,Huh.Sepatutnya dulu lagi
aku bunuh kau.Betul cakap along aku,wanita hanya membinasakan hati
lelaki.’’Razif menyentap rambut Lily sekuat hati,kemudian dia menolak wanita itu
jatuh terlentang di atas lantai.Lily meraung tatkala Razif duduk diatas
perutnya.Buntang matanya apabila Razif menunjal-nunjal perutnya yang sarat hamil
lapan bulan.Tambah sengsara apabila Razif mengacukan muncung pistol ke perutnya.
‘’Zif,apa yang you nak buat ni,sayang?you lupa ke,dalam perut I ni ada baby
kita?Razif you tak kesian kan I ke?’’Nafas Lily sesak .Tubuhnya tidak kuat untuk
menampung berat Razif yang menindih perutnya.Tercungap-cungap dia menarik
nafas,apatah lagi,kesakitan dipinggang dan perutnya mula terasa.Air mata yang
mengalir deras di pipi diusap lembut,Buat seketika Lily hanya membiarkan Razif
mencumbuinya sepuas hati.Biarkan asalkan dirinya tidak diapa-apakan.

Ammar berhenti di lampu isyarat.Sementara menunggu lampu isyarat bertukar
hijau,dia meraba poketnya mencari telefon bimbit kepunyaannya.Habis semua poket
di seluk,namun telefon yang dicari tidak ditemui.Ammar mengaru kepalanya yang
tidak gatal.Dia menyelongkar briefcasenya.Taidajga.Aneh?mana aku letak handphone
aku?dia tertanya-tanya.Otaknya lingat memikirkan dimanakah dia meletakkan
telefon miliknya.Seketika kemudian dia menepuk dahi.Baru dia teringat,p[agi tadi
sewaktu bersiap-siap mahu ke tempat kerja ,Daniel ada menghubunginya.Setelah
tamat perbualan,dia meletakkan telefon bimbitnya dia atas meja kopi,bukannya
menyyimpan nya didalam poket seluar kerja.Aduh,kena patah baliklah ni,mujur tak
sampai office lagi.Sejurus selepas lampu isyarat bertukar hijau,Ammar segera
membuat pusingan U untuk kembali ke apartment.Tanpa telefon bimbit,sukar baginya
untuk berhubungan.Sebagai pengarah urusan di Azzhira Holding,Telefon bimbit
merupakan satu keperluan disamping komputer riba,tanpa kedua-duanya,urusan
hariannya akan terganggu.15 minit kemudian Ammar tiba di tempak letak kereta
apartment mewah miliknya.Tanpa membuang masa,Ammar segera menghayun langkahnya
menuju ke lif.Sebaik memboloskan dirinya kedalam Lif,Ammar menekan punat nombor
7,untuk membawanya ke tingkat 7.seketika kemudian ,pintu lif terbuka,Ammar
menghayun langkahnya ke sebelah kiri  dan berhenti di hadapan pintu nombor 125.
‘’Assalamualaikum,Lily.buka pintu ni,Am balik ni.’’Ammar berandaian Lily sedang
tidur atau mungkin juga sedang mandi kerana sudah lama di terpacak di hadapn
pintu tapi Lily masih tidak muncul dihadapannya.Ammar menyelok poket seluar.Dia
mengeluarkan kunci rumah.Dan…
‘’Ya Allah,apa dah jadi ni?’’soal Ammar.Ruang tamu yang bersepah,serta telefon
bimbitnya tercampak dilantai.Ammar mengambil telefon bimbitnya.Gambar Izzah yang
tersimpan didalam album dipandang lama.Mungkin sebab inilah Lily mengamuk.Dia
cemburu sebab aku simpan gambar Izzah kot.Ammar menyimpulkan ruang tamu yang
bersepah adalah disebabkan oleh amukan Lily yang berang melihat gaambar Izzah
didalam telefon bimbitnya.Ammar .mengatur langkah ke biliknya,belum sempat dia
memulas tombol pintu dia terdengar suara Lily dan seorang lelaki .Ammar
mengecilkan matanya.Berkerut hebat dahinya memikirkan siapa yang berada dalam
bilik disamping Lily.Ammar merenggangkan sedikit daun pintu.Dia tidak mahu
terburu-buru.Dia mahu menyiasat terlebih dahulu.
‘’Zif,tolonglah lepaskan I.Perut I sakit ni.Baby kita terseksa you buat I
begini.’’Rayu Lily.Ammar merasa umpama bumi dihempap atas kepalanya.Kuasa
tuhan.Rahsia yang selama ini tersimpan rapi terbongkar jua.Selama ini,aku
percaya bahawa dia hamilkan anak aku,tapi rupa-rupanya…Izzah,kasihan bini
aku.Aku menolak bulat-bulat apa yang dia katakan dulu.Mesti dia sangat
terluka.Ammar menyabarkan dirinya dia mahu mengorek rahsia lagi.Ammar berdiri di
bekalang pintu sambil memasang telinga.Dia sempat lagi menelefon pihak polis .R 
azif tidak boleh dibiarkan bebas ,dia perlu menerima balasan setimpal dengan apa
yang dilakukan.Sejak kes Farahanis diserang,Razif memang suspek yang menjadi
buruan polis.Kesian gadis itu,keadaan agak kritikal.Hingga kini,dia masih
ditempatkan di wad.Farahanis baru sahaja sedar dari koma,yang lebih memilukan
Ammar ,gadis itu tidak henti-henti menyebut nama Izzah.Jelaslah dia amat
merindui adiknya.Ammar apatah lagi,meskipun bibirnya berkata benci,namun jauh di
sudut hati,dia mengakui,hingga kini,nama Izzah Humaira masih kukuh terpahat
dalam hatinya.Kasihnya pada Izzah tetap untuh.
‘’Lily,you yang laporkan I pada pihak polis kan?’’soal Razif.Kali ini dia sudah
berdiri.Melepaskan Lily dari menjadi mangsa amukannya.Lily mengeleng.Razif
mencengkam wajah lily.berkeriut muka Lily menahan sakit.Kedua-belah pipinya
sudah bengkak,bahana penampar Razif.
‘’Bohong!aku tahu kau yang rancang supaya polis tangkap aku kan?sebab kau ,aku
kini jadi buruan polis,hidup aku musnah,karier aku musnah!kau memanhg perempuan
tak guna.Aku tak boleh biarkan kau hidup aman.Kau perlu mati.Kau perlu
mati.’’Razif kembali menggila,dia menhalakan muncung pistol tepat ke kepala
Lily.Wanita itu menjerit ketakutan
‘’Zif,you gila ke?apa yang you merepek ni?you ingatkan,rancangan kita nak
berjaya.Ammar dah mengakui budak dalam perut ni anak dia,dia mengaku anak you
yang I sedang kandung ni baby dia.Dia percaya semua cerita I,I dah berjaya buat
izzah menderita.I dah buat Am benci dia.You ingat I bodoh ke nak laporkan you ke
pihak polis?’’Lily membalas berani.Razif menurunkan muncung pistol.Dia berfikir
sejenak.
‘’Ammar tu bodoh betul.Percaya cakap you bulat-bulat.Tapi I tak sebodoh
itu,kalau di depan Am,you boleh m,elakonkan watak you dnegan sempurna,apatah
lagi didepan I.Lily!’’Jerit Razif.Entah bila pula Lily mengambil pistol
ditangannya dia tidak sedar,sedar-sedar,wanita itu mengacukan pistol ke arahnya.
‘’Memang aku yang laporkan kau kepada polis,untuk apa lagi aku bantu kau jika
aku sudah mendapat segala-galanya?Ammar memang bodoh.Melepaskan Izzah.Aku takkan
biarkan kau musnahkan semuanya.Kau yang perlu mati Razif,kau,bukan aku.Orang
bodoh seperti aku perlu mati.Sampai bila-bila pun ,Ammar takkan tahu.Baby ni
anak kau.Dia takkan tahu yang dia selama ini diperangkap.’’Lily sudah nekad
untuk menekan picu pistol.sebelum Razif merampasnya.Mereka bergelut untuk
merebut pistol berkenaan.Dan..
BANG…serentak itu,pintu dibuka dari luar,Ammar menapak masuk diiringi 4 orang
pegawai polis.Lily sudah terbaring diatas lantai dengan menekup
perutnya.Tembakkan yang dilepaskan Razif tepat mengenai perutnya.
‘’Am,anak kita…selamatkan I Am.Sakit sangat.’’Rayu Lily dengan nafas
tersekat-sekat.Darah membuak-buak keluar dari bekas tembakkan.Amamr menghampiri
Lily dengan rasa simpati.Meskipun dia amat marah dengan perbuatan Lily.Namun
sebagai manusia,dia dikurniakan rasa simpati dan kasihan melihat wanita itu
terbaring lemah diatas lantai.Apatah lagi wujud pertalian kekeluargaan antara
mereka.Ammar tunduk menghampiri Lily.Razif berjaya diberkas akhirnya.
‘’Ambulan akan tiba sebentar lagi.Harap bersabar ya encik.’’Seorang pegawai
polis berkenaan menepuk bahu Ammar.Ammar mengangguk.Razif sudah di bawa
keluar.Ammar terpaku tidak bersuara.Dia benar-benar tergamam.Dia masih terkejut
dengan apa yang berlaku.Dia membiarkan pihak polis menyelesaikan
segala-galanya.Yang dia ingat dia hanya membuat panggilan telefon kepada Daniel
sebelum semuanya menjadi kelam.Ammar merasa pandangannya kabur dek air mata.Dia
rebah .Dia terlalu lemah untuk berdiri.Jiwanya terluka.

‘’Am,ampunkan dosa I.I tahu I banyak bersalah pada you.I bersalah pada you dan
Izzah.’’kata-kata terakhir Lily tergiang-giang di telinganya.Ammar berdiri di
tepi tanah perkuburan.Sebentar tadi.Majlis perkebumian Lily selesai
dilaksanakan.Lily mati akibat pendarah teruk.Lebih malang lagi bayi didalam
perutnya turut mati sebelum sempat melihat dunia.Ammar tidak peduli meskipun
ramai orang memintanya supaya bersabar,menerima takdir tuhan.
‘’I,ampunkan dosa you ,Lily.I redha dengan apa yang berlaku.Semoga you bersemadi
dengan tenang.’’Ammar berpaling apabila terasa bahunya ditepuk.Syahida,berbaju
kurung biru dan bertudung putih melemparkan senyuman manis.
‘’Sudahlah abang,kita semua bersedih.Lepaskanlah pemergiaan Lily dengan aman.Jom
balik,dah semalaman abang tak cukup rehat.’’Ammar membisu.Dia merasakan
segala-galanya berpunca daripadanya.Kalaulah Lily Lily dan Izzah tidak pernah
bertemu.Kalaulah dia tidak membuat keputusan melulu,pasti semua orang akan
bahagia..Maafkan Abang Izzah.
‘’kalaulah Izzah tahu,abang tak pernah sedetik pun melupakan sayang…..pulanglah
sayang…redakan duka dihati ini,matikan kerinduan yang menyala terhadapmu…’’Ammar
berkata perlahan sebelum melangkah  masuk kedalam kereta.
Tidak jauh dari kereta Ammar,kelihatan dua orang wanita sedang berdiri di bawah
pokok.Salah seorang daripada mereka sedang hamil.Wanita berbaju kurung serta
bercermin mata hitam itu,mengesat air matanya sambil memandang kearah kereta
Ammar,sebaik kereta Ammar melepasinya dia berpaling.Ada getaran dalam dirinya
apabila menatap wajah Ammar yang murung.
‘’Kenapa Am?’’soal Dato’Azlan.Pelik melihat Ammar tiba-tiba berpusing memandang
ke belakang.
‘’Tak ada apa abah.Am tak ada apa-apa,abah dengan mak tak payah risau.’’Hatinya
terasa sesuatu yang aneh.Melihat kelibat wanita misteri itu tadi membuatkan
dirinya tiba-tiba terasa segar.
‘’Izzah.’’sebaris nama terpacul  dari bibirnya.Arh..mustahil.Izzah ada
disitu.Dia sendiri masih mencari-cari dimanakah isterinya itu berada.Perihal
Lily sudah diketahui oleh ahli keluarga terdekat,semuanya jelas terkejut
apabila,Ammar meminta doktor melakukan ujian DNA kepada mayat bayi yang sudah
tidak bernyawa itu dan ternyata,bayi dalam kandungan Lily bukan miliknya.DNA
bayi berkenaan disahkan sepadan dengan Razif.Razif pula kini berada dalam
tahanan polis.Penangkapan Razif membongkar segala jenayah terancang. Segalanya
misteri yang membelenggu mereka terlerai sudah.Ammar mengeluh.Dia benar-benar
menyesal.Arhg…Izzah…maafkan abang..Ammar menjerit didalam hati melaungkan nama
Izzah.
‘’Cukuplah,bersedih.Jom balik,Baby dalam perut kau tu perlukan rehat''Pujuk rakannya.Wanita
berbaju kurung itu,segera memboloskan dirinya kedalam kereta.

0 comments: