''Qila, aku tak nak jumpa budak tu, kau dengan daniel tipu aku kan ? kata nak lawat Daniel
sakit,tapi ....dah la aku nak balik malas nak cakap dengan korang....kalau korang tak nak
hantar aku balik naik cab!" marah izzah.Daniel dan Aqilah berpandangan tahu mereka
telah menaikkan kemarahan izzah.
''sabar,sabar dulu...alang-alang dah sampai ni makanlah dulu minum ke?sian kat cousin I
n
.datang jauh-jauh nak jumpa U kejap pun jadi lah sekurang-kurangnya berbaloi juga dia
datang kat sini .I promise before 10'o clock U will lies on your bed .."janji Daniel.Izzah
memandang Aqilah yang tersenyum kemudian dia memandang wajah mengharap jejaka
di hadapannya yang masih tidak di ketahui nama..runsing nya...menyesal pula mengikut Aqilah yang beria-ia memujuk nya tadi
''okeylah.tapi janji tau.dinner je "Aqilah dan Daniel tersenyum lega.sekurang nya usaha
mereka berbaloi.takut juga jika Izzah yang selama ni disangka tenang naik angin
.
''Duduk lah Izzah.qiela,daniel.. thank sebab sudi dinner dengan I.Sorry lah kalau cara I tak
kena...well, nama saya AMMAR ZAFRAN.saya sepupu Daniel.."ujar Ammar
mempekenalkan diri.dia tersenyum melihat gelagat Izzah yang serba tak kena.
''Saya Izzah humairah.Panggil Izzah je"Izzah memaksa diri mengukir senyuman.lesung
pipitnya jelas kelihatan.
'Manis,boleh tahan juga si Izzah ni'desis Ammar. Dia cuba mengawal tingkah laku nya agar
tampak sempurna di mata Izzah.Izzah perasaan renungan Ammar terhadapnya..
'Dasar lelaki!'dia berdehem
''Ehem.masa berjalan ni kita nak order makanan atau masih nak saling memerhati?"soal
Izzah.Dia Tidak betah membiarkan dirinya menjadi mangsa renungan Si buaya
darat.Ammar terkulat-kulat disergah begitu.Aqilah menarik tangan nya yang berada di
genggaman Daniel sedari tadi
''Sorry, boleh I orderkan untuk U?"tanya Ammar.Izzah mengangguk
''Daniel.cousin U ni ....hmmm...kalutlah..I tak rasa Izzah berminat dengan lelaki macam
tu..dulu masa jumpa ...boleh tahan gentleman dia"Bisik Aqilah kepada Daniel.
''I pun pelik tengok dia malam ni .seumur hidup I ni lah first time I tengok diri kelam kabut
macam ni.well it's sound great to see them to be a couple...seorang budak Nerd,seorang
gila kerja "Aqilah mencubit lengan Daniel
.
''well ,cik Fatin Adliyana Aqilah and mr Esma Daniel..U all nak terus kan sesi bisik bisik
atau nak order some food?"sindir Izzah.dia tahu dia yang menjadi topik
perbincangan.siap kau Qila !.
''saya nak milo ais dan nasi goreng pattaya"pesan nya kepada pelayan restoran yang setia
mengambil pesanan. Banyak yang mereka bualkan sambil menunggu hidangan yang
dipesan tiba
.
''Eh,makan tak habis lagi.kenapa tak sedap ke?'' tanya Ammar apabila izzah tidak
menghabiskan makanan yang di pesan.
''Sedap,cuma saya dah kenyang.Lagipun dah pukul 9 lebih.saya nak balik lah.lagipun saya
ada kerja yang tak siap lagi. Saya tak solat lagi..dosa lambatkan solat ni .Awak pun jangan
lupa solat tau balik nanti.Qila aku nak ke ladies kejap lepas tu aku tunggu kat kereta.kau
pun cepat habiskan makanan .Terima kasih Ammar coz sudi belanja saya makan dan
luangkan masa untuk layan rancangan sepupu awak.Bye the way nice to meet U!''Izzah
terus melangkah tanpa mem perdulikan teman nya.
''Aku suka Izzah ni.kena dengan taste aku .Play hard to get...''Ammar menghantar
pemergian Izzah dengan ekor mata..pertama kali bersua hati nya sudah terpaut...apa cara
sekalipun dia harus memiliki hati Izzah.sejak hari itu dia sering menghubungi Izzah.dia
suka cara Izzah menjaga diri apatah lagi pengakuan Izzah yang mengakui bahawa Ammar
merupakan orang pertama di kalangan kenalan lelaki yang mehubunginya melalui telefon
bimbit.
''Hello,assalamualaikum,Izzah,saya ni Am,awak tengah buat apa tu?''Ammar
menghubunginya suatu hari.Izzah memandang geram telefon bimbitnya.Tak faham
bahasa ke ,aku tak suka diganggu waktu macam ni!
''walaikummusalam.hmm...saya tahu tu.Ammar.saya kan dah cakap saya tak suka
diganggu sekarang.awak nak apa?saya sibuk ni..kalau awak nak ajak saya keluar
jawapannya ialah tidak...okey lah Ammar,saya nak letak phone ni.Bye....''Ammar
terkedu.Izzah,Izzah keras betul hati kau...tapi nak buat macam mana hati dah
terpaut...sabar je lah duhai hati!
Izzah memandang geram bungkusan hadiah di hadapannya...cantik..tapi dalam masa yang
sama dia ...keliru dengan Ammar....apakah tiada wanita lain yang boleh dijadikan piliha
n hati?masakan tidak,lelaki setampan Ammar,punya kedudukan,kaya,boleh jatuh hati
dengan gadis biasa sepertinya.Apakah tiada anak Dato' atau anak Tan sri yang sepadan
dengannya?dia ragu ragu dengan niat Ammar meskipun berkali kali diyakinkan Aqilah
bahawa Ammar ikhlas ingin mengenalinya...geram dengan dirinya yang kian berlembut
hati dengan Ammar...dia tahu hati kecilnya semakin menyenangi kehadiran Ammar.
''Izzah,saya nak jumpa kejap boleh.''Izzah kaget.Tahu dia tidak mampu mengelak.Ammar
menunggunya dihadapan fakulti seni bina dan lukisan.Berapa orang gadis yang lalu
menjeling seketika pada Ammar .Penampilan Ammar,meskipun seringkas jeans hitam dan
T-shirt Polo bewarna biru namun tetap menyerlahkan karismanya sebagai eksekutif muda
di syarikat keluarganya.
'' saya ajak Aqilah sekali,kejap saya contact dia''Ammar mencuit lengan nya lalu
menunjukkan ke satu arah.Izzah menjeling Ammar.Lelaki ini telah mengatur segala
galanya.Aqilah terseyum mesra seraya melambaikan tangan kepada Izzah.dia menaiki
kereta Honda Accord yang dipandu Ammar..mereka akan menjamu selera di Cafe D'Bella.
''saya sayang awak Izzah,beri saya peluang untuk saya mengenali awak.Awak tak boleh
buat saya terus macam ni.Tolong Izzah buka pintu hati awak untuk saya.beri saya peluang
untuk saya mengenali awak.''luah Ammar sejurus selepas pelayan selesai mengambil
pesanan mereka
''Saya masih belajar.saya senang dengan hubungan kita sekarang.Masih terlalu awal
untuk kita ke arah yang lebih serius.Saya masih ada banyak komitmen lain .Awak tak kenal
keluarga saya...saya suka kawan dengan awak.....cuma awak masih tak kenal saya dengan
cukup baik.saya juga begitu..saya tak nak awak terburu-buru buat keputusan''Sungguh
dia takut menyerah kan hati dan hidupnya untuk seseorang yang bergelar lelaki.Kisah
silam dijadikan
iktibar dan sandaran dalam membuat keputusan berkaitan soal hidup..sungguhpun sukar
untuk dia menafikan dia begitu mengagumi sikap gentleman Ammar.Sukar juga untuk dia
menafikan bahawa Ammar sudah mula mendapat ruang di dalam hati nya...cuma dia tidak
mahu mengakui bahawa Ammar sudah mula hadir dalam mimpinya .Arghh... egonya dia
tapi dia takut jika Ammar mengkhianati cinta nya...selebihnya dia takut kakaknya tahu...
''okey,saya faham..saya sanggup tunggu awak kalau macam tu Izzah panggil saya Am je
okey.''Izzah mengangguk.selang beberapa meja Aqilah dan Daniel hanya tersenyum
puas.Tahu bahawa usaha Ammar ada hasilnya.Segala galanya kembali normal.Izzah masih
sibuk bergelumang dengan buku dan kuliah.Maklumlah sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan tahun akhir.Ammar juga sibuk menguruskan projek .Tugasan kian
bertambah...namun dia yakin dengan Izzah.Pertemuan mereka tempoh hari memberinya
ruang untuk menyimpan harapan.
''Hai izzah,Am baru balik dari Indonesia minggu lepas.mama saya kirim salam kat awak.Ni
mama saya suruh bagi kat awak...kain sutera China...bulan lepas dia ke China ikut abah
saya .Langsung dia beli untuk awak...saya tak teringat langsung..sibuk sikit ..ada tender
baru yang nak disiapkan paper work...kalau mama tak tanya semalam sampai sekaranglah
saya tak ingat.''Hilang kepenatannya di pejabat tatkala melihan senyuman izzah yang
mesra.
''oh ya ke?eh,awak cerita pasal saya pada mama awak ke?''marah Izzah.Ammar
mengangguk.
''dah lah,mama saya tu okeylah.yang awak risau ni kenapa?Bye the way,kalau mama saya
jadi mak mertua awak pun,awak jangan risau awak memang menepati ciri ciri menantu
idaman nya.Okeylah Izzah daripada saya tengok pipi awak yang terlebih pemerah pipi tu
apa kata saya ajak awak keluar minum?awak pergilah siap saya tunggu.kali ni awak nak
ajak siapa teman?''Tanya Ammar.Izzah maraba pipinya yang kepanasan.Ammar
ketawa..telatah izzah mencuit hatinya.Izzah memang meletakkan syarat kepadanya iaitu
jika Ammar ingin mengajaknya keluar,Izzah akan mengajak seorang teman nya turut
serta.
''saya nak ajak Yaya teman awak tunggu kejap tau''15 minit kemudian izzah keluar
bersama myza.
''Yaya mana?''tanya Ammar.
''yaya ada assigment yang tak siap lagi,saya ajak myza.awak tak kisah kan?''soal nya.
'' Ammar,nanti boleh tak awak turunkan saya dekat Sunway Piramid?saya nak jumpa
keluarga Iwan kat sana.Parent dia turun KL sebab nak lawat kakak dia yang baru lepas
bersalin tu..''Ammar mengangguk.Dia bersyukur kerana teman-teman Izzah
menyokongnya
.
''sukalah tu, tersengih-sengih''gumam Izzah.Ammar faham benar perangai Izzah yang satu
itu,dia tidak selesa bertemu dengannya tanpa teman disisi.
''takkan tak boleh senyum?''selamba Ammar menghirup minuman yang di pesan.Dia
kemudian menghulurkan beg kertas kepada Izzah.Dari cara pembungkusannya Izzah tahu
pasti mahal isinya
.
''Am,saya nak cakap sikit, boleh?''tanya Izzah sopan.Ammar menjungkitkan
kening.terserlah ketampanannya.Alahai,mamat ni nak goda aku ke?desis Izzah.
''silakan''dengan gentlemannya Ammar memberi jawapan.Ammar tahu Izzah tidak selesa
dengan suasana begitu.Sengaja dia ingin mengoda.
''Izzah tak suka Am bagi Izzah barang macam ni.Izzah tak sedap hatilah.''tidak berani dia
membalas renungan mata Ammar takut goyah pendiriannya.Lelaki itu sememangnya
punya daya tarikan.Silap hari bulan mahu tersungkur dia dek godaan Ammar
.
''kenapa?kawan awak cemburu?lain kali kalau saya beli barang untuk awak saya belikan
untuk kawan-kawan awak sekali''gurau Ammar
.
''pleaselah,awak ingat saya main-main ke?.saya tak suka lah macam ni.nanti awak dah
banyak bagi kat saya barang.Tiba-tiba saya reject awak.Nanti orang ingat saya kawan
dengan awak sebab harta awak.Awak ingat saya ni macam perempuan lain ke?saya
keluar ni pun serba salah..kalaulah kakak saya tahu...dah banyak sangat barang yang
awak bagi.''Izzah teringat pertanyaan kakaknya tentang kerongsang Mutiara yang sungguh
cantik dan unik rekaannya.Nasib baik Yaya menyelamatkan keadaan dengan mengatakan
itu hadiah hari jadinya kepada Izzah.Ketika itu juga kakaknya ada mengingatkannya
supaya tidak melibatkan diri dalam soal percintaan selagi tidak memegang segulung
ijazah.
''awak anggap je hadiah dari seorang kawan.lagipun saya ni bukannya jenis yang buruk
siku,kalau dah terbukti awak bukan untuk saya,saya takkan minta balik apa yang pernah
saya beri pada awak.''Izzah tahu Ammar mengharapkan cinta darinya.
''Ammar,saya tak nak beri awak harapan cuma,kalau benar ada jodoh antara kita say
a terima.Tapi buat masa sekarang ni saya nak fokus study,bulan depan ada exam.lepas ni
kita tak payah jumpa tau''ujar Izzah.Ammar amat menghormati setiap keputusannya.
''tadah tangan.saya nak beri awak sesuatu''tanpa banyak soal Izzah menadah tangannya
,
''saya berikan segala harapan dan secebis semangat yang saya ada.Saya doakan kejayaan
awak''Izzah terharu dengan penerimaan Ammar.
''Macam mana last paper tadi,Izzah boleh jawab tak?''Tanya Yaya.Izzah mengangguk.Dia
memerhatikan rakan-rakan sekuliah nya bersorak gembira.
''jom gi celebrate,yahoo...malam ni boleh lah tidur puas-puas!Daniel belanja kan
sayang?bodek Aqilah pada boyfriend.
''I tak kisah.kat mana?''tanya Daniel.
''myza tak setujulah..lagipun letih ..hmm...apa kata daniel datang rumah kita orang
lusa.kita orang masak..lagipun u tak pernah makan lagi masakkan Aqilah kan?''
''Okey juga.saya kalau pasal makan jadi je''Izzah membisu dia menanti panggilan telefon
daripada kakak nya.namun hampa.mungkin kakaknya lupa .Bukan rakan-rakannya tidak
perasan cuma sengaja memberinya peluang untuk melayan perasaan.
''jemput masuk,ingatkan tak datang tadi,duduk kat depan dulu,kita orang pun sebenarnya
baru sudah masak.''pelawa Aqilah .Itulah pertama kali Daniel,Iwan serta Adam memasuki
rumah sewa mereka.kemas.
''u tak tolong kawan u masak ke?''tanya Daniel
''I and Yaya bahagian kemas rumah je.yang masak Izzah dengan Myza.Nabila pulak buat
dessert.U ni kenapa saja nak cari gaduh ke?''soal Aqilah tidak puas hati.Didapur Izzah
sibuk menyiapkan hiasan serta menyenduk makanan ke dalam bekas.Tiba-tiba telefon
bimbit nya berdering lantang
''Hello,akak.Izzah sihat ni nanti lah Izzah balik JB.Akak dengan kak Iqa sihat?''
''Sihat.kak Iqa pun sihat.Sorry akak dah lama tak contact Izzah.Izzah tengah buat apa
tu?''Tanya Fara Hanis.
''er,tengah masak untuk dinner.Hmm..okeylah Izzah tak boleh lama ni.Nanti kirim salam kat
kak Iqa dengan kak Mazrina tau.bye''dia mematikan talian.selang beberapa minit kemudian
telefonnya berdering lagi.
''Akak,kan Izzah dah cakap Izzah tengah masak ....''tanpa melihat nama ,dia terus
menjawab panggilan.
''Ammar,Am cakap ni.saya dah sampai.Izzah masak apa untuk saya?Izzah terkedu
rindunya dia untuk mendengar suara itu.
''awak masuklah dulu kejap lagi saya keluar''dia menyerahkan tugas nya kepada Yaya
sementara dia membersihkan diri dan mengganti pakaian yang baru.
''jemput makan semua''Izzah perasan Ammar asyik merenungnya.sesudah makan dan
berkemas Ammar tiba-tiba menghampirinya yang sedang leka membancuh kopi di
dapur.Izzah terkejut.Apa hal mamat ni?mengelabah juga dia takut di salah anggapkan oleh
teman-temannya.
''Cantik awak malam ni.Awak yang masak ya.sedaplah.Tahniah sebab awak dah habis
study.ni khas untuk awak.bila saya dah balik buka tau''sekeping sampul dan kotak keci
l yang tidak diketahui isinya bertukar tangan.Malam itu sejurus selepas menghantar kepulangan Ammar.Izzah membuka sampul yang diberi oleh Ammar kepada nya
Dear IZZAH,
Saat awak membaca warkah ini,ketahuilah bahawa hati ini telah dicuri olehmu.Begitu lama aku menunggu saat ini.Jika Am ikutkan hati ,dulu lagi Am menghantar pinangan untuk memiliki IZZAH..di sini Am ingin menyatakan bahawa Am bersedia menerima apa jua keputusan Izzah Cuma Am harap keputusan Izzah memberi kebaikkan kepada kita.Bukan Am ingin mendesak cuma jika Am pilihan Izzah sarungkanlah cincin itu ke jari manismu,jika tidak janji dengan Am Izzah akan simpan cincin itu sebagai tanda bahawa Am pernah hadir dalam hidup Izzah.....
Sekian Ammar Zafran...
ammar
Hati Izzah gundah serba tak kena dirasakan antara kehendak hati,cita-cita serta impian
kakaknya.Dia tidak tahu...bingung memikirkan apa yang terbaik.Sebolehnya dia ingin
menjaga hati semua pihak.Lantas atas saranan rakannya dia menemui Ammar.Dia yakin
kakaknya akan merestui pilihan hati.Kakak mana tidak mahu melihat adiknya menenpuh
alam perkahwinan bersama insan tersayang apatah lagi jika lelaki itu memiliki segala
galanya.
Cafe D'Bella menjadi saksi pertemuan mereka...dia pasti dengan kata hatinya,,.buat
pertama kali dia menitikberatkan gaya penampilan ketika bertemu lelaki itu.Dia melihat
penampilannya di cermin sebelum keluar dari rumah.Rakan-rakannya sudah mula
mengusik tiba termasuk Aqilah dan Amyza yang memuji penampilannya.Maklumlah
pertama kali dia bersolek tipis ketika menemui Ammar.Dia juga tidak mengajak salah
seorang dari temannya menemaninya bertemu Ammar.Dari jauh dia sudah melihat kelibat
Ammar yang sedang berbual dengan temannya.Razif.Izzah memasang telinga.
''well done,kalau tak melepaslah harta parent kau.Nampaknya kopaklah aku kena belanja
kau selama 3 bulan.''Harta?belanja?si Ammar ni berjanji apa dengan kawan dia?tanya
Izzah pada dirinya
''biasalah,tengok oranglah.Ni aku lah Mohd Ammar Zafran bin Dato'Azlan.Eh kau ni macam
tak kenal aku pula''Ammar ketawa berdekah-dekah Izzah semakin bersemangat untuk
mengetahui topik perbualan mereka.
''tapi,aku tak sangka Izzah tu boleh cair dengan kau.Aku tabik dengan kau.Aku
harap...''Izzah yang mendengar seakan ingin rebah.Ya ALLAH dugaan apa yang kau beri
kepada hamba mu ini.tidak sesekali dia menyangka dia cuma diperalatkan Ammar untuk
mendapatkan harta.Penipu!dia bangkit semula .Lelaki itu perlu diajar.Izzah nekad dia
menghampiri Ammar.
''Am,Razif Izzah dah dengar segala nya.Syukur kepada Allah sebab Izzah tak sempat hidup
di samping Am,sebagai isteri.Dan mulai hari ini hubungan kita putus!saya tak pernah
kenal awak Ammar Zafran Dato'Azlan.selamat tinggal..saya datang ni sebab nak pulang
kan cincin ni.Saya tak nak simpan benda ni.Awak bagi je lah kepada sesiapa yang sudi
menjalankan rancangan bodoh awak tu.Dan encik Razif,daripada awak habiskan duit awak
belanja lelaki macam Ammar ni baik awak sedekah.dapat pahala dari terus tanggung dosa
bersubahat dengan Ammar.''ujar Izzah dia melangkah pergi dengan hati yang
hancur,sehancur harapannya menghadiahkan segulung Ijazah pada kedua ibu bapa nya
yang tak mungkin kembali ke pangkuannya.Dia tidap peduli pasang pasang mata yang
melihat pentengkaran mereka tadi.Ibu,Ayah bawalah Izzah sekali....Izzah dah hancurkan
Harapan kakak..Izzah dah kalah Ibu.
.
Ammar kaget bila dia tersedar Izzah telah jauh meninggalkannya.Razif berkali-kali
memohon ampun.Gurauan mereka membawa padah padanya...dia ingin menemui Izzah
.Tapi dia takut.Setibanya di rumah Izzah pantas berkemas petang itu juga dia menaiki teksi
menuju ke lapangan terbang..pada Amyza dipesan supaya memulangkan segala
pemberian Ammar padanya.Ketiadaan Aqilah melegakannya jika tidak pasti banyak
persoalan yang ditanya silap silap dia dipaksa bertemu Ammar...urusannya tambah
mudah kerana dia hanya menunggu kira-kira 40 minit sebelum kapal terbang
berlepas.Malam itu juga dia sampai ke rumah kakaknya.kakaknya yang baru pulang dari
tempat kerja terkejut apa bila melihat Izzah menantinya di ruang tamu.
''Hai kak.Rindulah….sorry Izzah balik tak bagi tahu.Saja nak suprise kan akak.''Fara Hanis
hanya mengeleng melihat telatah adiknya.Hmm..Izzah,akak naik atas dulu ,letih lah.Izzah
pun pergi tidur dah lewat ni.Oh ya,kakak ada call Izzah tadi.Baru nak tanya bila nak
balik.kakak ingat nak jemput...tapi kenapa tak angkat?no tu dah tamat perkhidmatan
ke?.''soal kakaknya pelik.Izzah tersenyum.setibanya di JB.,magrib tadi dia telah membeli
nombor prabayar baru.setelah menyalin semua nombor rakan-rakannya ke dalam sim
baru.dia mematahkan sim lamanya lalu di buang ke dalam longkang..
1 bulan berlalu........
''Hello,Yaya korang semua sihat.ni akulah Izzah.sorrylah coz buat korang bimbang datang
rumah aku minggu depan aku nak tunang.''pertanyaan kakaknya tentang risikkan Eshan di
di persetujui sahaja.Mungkin itu langkah terbaik untuk dia melupakan Ammar.
''Hah?Ammar macam mana?takkan korang dah habis macam tu je?kau kenapa
sebenarnya?Ammar hari-hari datang rumah cari kau.Tapi aku tak bagi tahu dengan dia
yang kau ada dekat JB.Aqilah membebel tau sedih sangat dia kau pergi macam tu.''luah
Yaya.Izzah mendengus.Ammar,Ammar dan Ammar.
''okeylah aku ada hal nak buat.kau jangan lupa datang okey.kirim salam kat
semua.bye..''dia segera meletakkan telefon.Dia bosan,telinganya sudah lali mendengar
cerita tentang Ammar yang sering datang ke rumah sewa mereka bertanya khabar
dirinya.lagipun jika betul lelaki itu ikhlas mencintainya mengapa tidak berusaha
mencarinya.Arghh...nasi dah jadi bubur..kalau betul aku cintakan dia pun aku tak boleh
batalkan pertunangan ni...kak Fara sudah merancang segala-galanya sebelum dia
memberi kata putus lagi.Cukuplah dia kecewa,sekurangnya biarlah dia membahagiakan
kakaknya walaupun dia sendiri tidak pasti akan hala tuju nasib hidupnya bersama lelaki
yang hanya 2 kali di temuinya.Mana mungkin pilihan kakaknya salah.Yaya erenung telefon
bimbit di tangannya..sesuatu perlu dilakukan..dia yakin cinta Izzah hanya untuk Ammar.
‘’betul ke berita yang kau dengar ni Yaya?siapa cakap?’’soal Fatin bertub-tubi.Yaya sesak
di asak bertubi-tubi..tiada ruang langsung untuk dia mempertahankan dirinya
‘’Izzah sendiri yang cakap dengan aku’’selama Izzah menghilangkan dirinya hanya Yaya
satu-satunya teman yang masih di hubungi..hanya Yaya tahu ke mana dia menghilang
‘’What! Selama ni kau still contact dengan Izzah?kenapa kau tak bagi tahu
kitaorang?kenapa kau rahsiakan?’’sergah Bella Myza memeluk bahu Yaya memintanya
supaya bertenang dengan serangan bertubi-tubi dari Aqilah dan Bella
‘’Myza rasa Izza dan Yaya ada sebab tersendiri untuk merahsiakan hal ni..sekarang
sebagai kawan baik Izzah ,kita tak boleh biarkan dia terseksa lagi..kita dah sedia maklum
yang Izzah memang ada hati kat Ammar ,Ammar pun begitu juga,jadi takkan kita nak
biarkan dia berkahwin dengan orang yang dia tak cinta’’masing-masing terdiam..tiba-tiba
Aqilah bersuara
‘’Kita kena jumpa Ammar,I nak Call Daniel minta tolong dia ‘’Bella segera menegah
‘’jangan,..aku tak nak Daniel ikut campur..’’
‘’Kita cari Ammar sekarang juga...kebetulan aku pinjam kereta abang aku
semalam..he..he..macam tahu-tahu je benda ni nak jadi abang aku bagi aku guna kereta
dia ‘’kemudian mereka semua bersiap ala kadar dan bergegas menemui Ammar
‘’Assalamualaikum,..mak cik..Ammar ada tak?’’soal mereka pada pebantu rumah yang
membuka pintu
‘’Ada di atas,anak ni siapa?’’soal Mak Mah
‘’kami kawan Ammar panggilkan Ammar turun boleh tak?kami nak jumpa kejap ada benda
penting nak bagitahu dia’’mereka dipersilakan masuk...terpaku seketika mereka melihat
ruang tamu rumahAmmar
‘’Ammar ni,keje apa?kaya betul mamat ni...patutlah selalu sibuk je..bapa dia Tan sri
ke?’’Soal Yaya
‘’Siapa yang datang tu kak Mah?macam ramai je..kawan Ida ke?’’soal Datin Zahira
‘’Kawan Ammar,Ira nak Kak Mah panggil mereka untuk makan sekali dengan kita
ke?’’Datin Zahira tersenyum..bancuhkan air..saya nak jumpa mereka juga mana tahu salah
seorang dari mereka merupakan bakal menantu saya’’selorohnya lagi
‘’Mak,er..mak dah makan ke?’’tanya Ammar pada emaknya tadi sewaktu diberitahu Mak
Mah bahawa beberapa orang gadis datang untuk menemuinya dia segera menukar
pakaian dan turun ke bawah..
‘’Ramainya kawan Am..mak nak jumpa...’’Ammar mengaru kepalanya yang tidak gatal dia
hanya memimpin emaknya ke ruang tamu..Aqilah menerpa sebak telihat Ammar
‘’Ammar,U kena selamatkan Izzah..dia nak tunang minggu depan...U kena selamatkan
dia..’’Riak wajah Ammar terkejut
‘’Mana U all tahu?’’soal Ammar
‘’relaks Ammar,saya akan terang segala-galanya..relaks...’’Ammar kembali tenang
perlahan-lahan yaya menceritakan tentang perbualannya dan Izzah
‘’I takutlah,dia marah sangat dengan I,kalau dia tak cintakan I dan memang benar dia
cintakan budak tu macam mana?’’
‘’Saya dah kawan dengan dia dah lama,walaupun dia tak pernah cakap saya tahu,dia
memang cintakan awak..’’
‘’Asal kau yakin sangat?mana kau tahu?Izzah bagi tahu kau ke?’’soal Aqilah..yaya
Tersengih
‘’Kan aku dah cakap Izzah memang takkan buka mulut pasal perasaan dia..kau tak ingat ke
macam mana kita paksa dia menangis?kau tak ingat ke kita paksa dia luahkan perasaan
dia?aku tahu dia memang sayang kan Ammar..tapi dia ego..dia menafikan perasaan dia dia
takut pisang berbuah dua kali..’’
‘’Pisang berbuah dua kali?maksudnya?’’malam itu terbongkarlah seluruh perkara yang
selama ini Izzah senbunyikan dari pegehtahuan sesiapa...semua rahsia
hidupnya..kematian tragis kaka sulungnya,ibu bapanya terlerai
‘’Mak..Mak kena tolong Am,Am sayang Izzah ..Am tak rela lelaki lain dapat dia..tolonglah
mak’’
‘’Dah kamu tak payah risau..bila dia nak tunang?’’soal Datin Zahira
‘’Minggu depan.’’
‘’Insyaallah sempat tapi kamu kena pergi kesana,jelaskan dengan keluarga dia,minta
maaf’’
‘’itu mak cik jangan risau..saya dah dan yang lain akan uruskan bila rombongan Ammar
sampai tepat pada waktunya minggu depan..time tu Izzah kena buat pilihan..antara Am
atau lelaki tu..yang saya tahu..budak tu tak adalah baik sangat...dia terima pinangan budak
tu pun sebab terpasa,sebab Am dah kecewakan dia..lagipun saya yakin dia memang ada
hati dengan Ammar..percayalah..Allah tu maha Adil..Ammar dan Izzah akan bersatu’’
‘’dari tadi kau cakap Izzah sayang Ammar.mana kau tahu?apasal kau yakin sangat?’’soal
Aqilah
‘’Aku tahulah..sebab..er..sebab aku pernah terbaca diari Izzah..’’
‘’kalau dia tahu,patah riuk kau dia kerjakan’’
‘’seteruk tu?tak pe lah,mak cik pasti budak tu istimewa sebab dia dah buka hati Am
ni,kalau macam tu mak cik boleh minta tolong kamu semualah kan..?
’’
‘’tolong apa mak cik?
‘’satukan Am,dan kawan kamu’’Ammar lega..dia pasti Izzah akan menjadi miliknya..buat
pertama kalinya sejak sebulan yang lalu..seri keceriaan kembali terpancar di wajah Ammar
''Wah cantiknya kau,hmm....tahniah Izzah...tak sangka senyap-senyap je kau dah nak
tunang''biliknya yang telah dihias indah sesak dengan kehadiran teman-temannya.Izzah
senyum.Kakaknya sibuk di bawah menguruskan tetamu.Senyumannya palsu.kalau
Ammarlah lelaki yang akan bertunang dengannya pasti dia girang.Segala urusan
diserahkan kepada kaum keluarga..Apa saja pilihan kakaknya dia terima.Ammar kau
memang dah berjaya menghancurkan hidupku..rintihnya.Duhai angin khabarkan kepada
dia betapa dalamnya luka yang telah dia tinggalkan untukku.Ammar selamat kan
Izzah,Izzah tak nak tunang dengan dia selamatkan Izzah.Bodohnya aku kenapa dia pula
yang aku ingat..hei Izzah wake up lah sedar dari mimpi kau..kau tu kejap lagi nak jadi
tunang orang.Ammar takkan selamatkan kau.Dia memang tak cintakan kau..
''la,Izzah comotlah mekap kau ni kenapa.meh sini aku touch up.kau kenapa sedih ni
teringatkan parent kau ke?aku pasti mereka bangga dengan kau .Kau dah besar ,siapa pun
bangga dapat anak macam kau.Aku pun bangga jadi kawan kau..Izzah maafkan aku sebab
paksa kau kawan dengan dia dulu..''Aqilah yang sedang membetulkan mekap Izzah
menitiskan air mata..suasana bertukar sebak.begitulah eratnya mereka seorang sedih
pasti yang lain turut bersedih.
''Izzah,la kenapa nangis ni?hah teringatkan pakwe ya?''Usik Afiqah tapa menyedari
usikannya itu mengena.Dia masuk yang untuk melihat persiapan mekap Izzah terkejut
melihat keadaan Izzah.Pasti ada sesuatu yang berlaku.
''Hish kau ni,adik aku tu mana ada buah hati kalau tak aku tak terimalah pinangan keluarga
si Eshan tu.Atau Izzah memang ada kekasih?''soal Fara hanis .manalah tahu adik nya
bermain cinta duduk berjauhan mungkin membuatkan adiknya lupa diri.Dia tidak mahu
adiknya tertipu dengan mainan lelaki sepertimana Farhana,kakak sulungnya yang mati
kerana lelaki.Dek kerana terlalu risau akan keadaan Farhana yang terlantar di Hospital
kerana disyaki mengelar nadinya.Kereta yang dipandu ayahnya terbabas lalu dalam
sekelip mata dia kehilangan kedua ibu bapa serta kakak sulungnya yang tak dapat di
selamat kan kerana perdarahan teruk.Sejak itu,dia memastikan Izzah menjauhkan diri dari lelaki.
''Tak lah.Izzah teringatkan arwah ibu,ayah dan kak long je.Kan akak dah pesan supaya tak
bercinta.Izzah dah nak nikah akak ni bila lagi?''usiknya.
''okeylah kamu semua tengokkan Izzah akak nak keluar, kejap lagi pihak lelaki nak
datang''baru kakaknya ingin melangkah keluar,Mak Temah,pembantu rumah mereka
masuk dengan muka yang cemas.
''Cik Fara..er ...masalah..tadi wakil keluarga Eshan datang katanya Eshan tak jadi tunang
dengan Izzah sebab dia dah nikah 2 hari lepas.Katanya Eshan nikah sebab dah
buntingkan teman wanitanya''Fara hanis terduduk lesu sejarah berulang!dipandang muka
Izzah.Izzah yang mendengar terasa lega.entah mengapa dadanya lapang.belum hilang lagi
kekusutan Mak Long Ana masuk
''Kata tadi,pihak lelaki tak jadi tunang,tapi,Rombongan siapa pula yang tiba tu?''Fara
bingkas bangun.mereka semua turut bangun.Izzah masih temanggu di atas
katil.Temannya semua turun ke ruang tamu.Tinggallah dia seorang .
''Izzah ,kak Fara suruh turun.''belum pun dia dia tiba di ruang tamu dia sudah
terjelepok.Ammar?permainan apa pula ni?
''Kak,Izzah tak nak tunang dengan lelaki penipu ni.''putusnya.
''Izzah akak dah tahu semua nya .kawan- kawan Izzah,Ammar,Razif dah terangkan
semuanya.macam ni lah.Izzah bincang dulu dengan Ammar.''pujuk kakaknya.
''Izzah sebelum awak putuskan apa-apa dengar dulu apa yang saya nak cakap.''penjelasan
Ammar,Razif serta Yaya dan Amyza melegakannya.Rupanya mereka telah membantu
Ammar.Dia memandang kakaknya sekilas.Dia nampak cahaya cinta di mata Ammar.Dia
tesenyum lantas mengangguk.
''Terima kasih Izzah sebab sudi maafkan Am.Mama pun minta maaf diatas kenakalan
Ammar.''Flash kamera menyimbah kamar Izzah dia mengangguk lantas mengucup pipi
Datin Zahira.
''Lagi 6 bulan kita nikah.lepas tu saya tak sabar nak dapat tittle papa.''Izzah mencubit perut
Ammar.Geram dan malu apabila Ammar selamba meminta kebenaran untuk berdua-duaan
dengannya.Dalam hati dia bersyukur.YA ALLAH,terima kasih kerana mengutus dia
untukku.Semoga kebahagiaan itu milikku.Dia membalas gengaman tangan Ammar.tanpa
segan silu dia rebah di dada Ammar,menghamburkan semusim kedukaannya di situ.Dia
bertekad ingin membahagiakan lelaki itu.Izzah tidak peduli usikkan nakal teman-
temannya.Dia berserah kepada takdir.Moga itu yang terbaik untuknya
''Dah lah sayang ,jangan menangis,ini khas untuk awak.''
Hidup ini ibarat roda.seketika kita diatas,bila-bila masa kita berada di bawah.Saya dah merasa perit kehilangan awak.Dulu awak jual mahal,sekarang awak milik saya.Saya tak rela awak pergi.Hati ini hanya milikmu.terima kasih kerana sudi terima saya...
setiap yang datang pasti akan pergi,
Hari-hari yang mendatang mematangkan ku,
tanpamu tak mungkin aku berdaya melalui hariku dengan lancarnya,
tanpa mu sayang...sukar untukku bernafas,
Gelaplah hariku ,suratan takdir menyedarkan ku bahawa
IZZAH HUMAIRAH MILIK AMMAR ZAFRAN SELAMANYA....
JET A'IME
WO AI NI
I LOVE U....
apa sahaja bahasa erti nya sama iaitu awak satu-satunya pemilik kunci pintu hati saya selama-lamanya..Terima kasih kerana sudi membukanya
tunang mu....... ammar
''Jangan menangis sayang,itu janji saya pada awak''pujuk Ammar.
''Saya tak nangislah cuma terharu''Ammar menyeka air matanya..YA ALLAH terima kasih
kerana mengurniakan jejaka sebaik ini untukku.Aku berjanji dia takkan aku persiakan....
TAMAT.............
0 comments:
Post a Comment